Pastikan anda mengikuti panduan pengambilan gambar Bukti Pengambilan (Proof of Pick-Up/POP) untuk pesanan Instant Delivery dan makanan dalam aplikasi Driver. Tujuan ini adalah bagi memudahkan pelanggan mengenal pasti pesanan mereka dan mengelakkan sebarang salah faham setelah pesanan dilengkapkan.

Nota penting: Panduan ini amat penting kerana gambar bukti yang jelas dapat melindungi anda sekiranya berlaku aduan daripada pelanggan atau permintaan pemulangan tetapi juga penting untuk mengelakkan sebarang penalti. 

    Amalan Yang Perlu Dipraktikkan Semasa Pengambilan / Pick-Up:

  • Semak Kod Pick-Up Sebelum Ambil Pesanan
    Padankan kod di aplikasi dengan kod daripada restoran sebelum ambil pesanan.
  • Semak Label Atau Resit pada Bungkusan Makanan
    Pastikan bungkusan mempunyai label atau resit ShopeeFood yang betul.
  • Sahkan Dengan Pihak Restoran
    Sebutkan kod pick-up anda kepada staf untuk pengesahan.
  • Semak Sekali Lagi Sebelum Meninggalkan Restoran
    Padankan semula kod pick-up di aplikasi dengan bungkusan yang diambil.
  • Jangan Ambil Pesanan Tanpa Pengesahan
    Jika tiada kod atau resit, sahkan dahulu dengan pihak restoran.
  • Berhati-Hati Ketika Waktu Puncak
    Semak dengan teliti untuk elakkan pertukaran pesanan.

Sila rujuk gambar di bawah sebagai contoh pengambilan gambar POP yang betul bagi pesanan makanan dan pesanan Instant:

Perkara Semasa Penghantaran Yang Boleh Menyebabkan Penalti:

  • Melengkapkan pesanan tanpa penghantaran sebenar walaupun melaporkan kedai tutup dengan bukti yang jelas
  • Menghantar gambar POD yang tidak sah, menyebabkan pembeli membuat permintaan bayaran balik kerana tidak menerima pesanan.
  • Menandakan pesanan sebagai selesai walaupun makanan rosak semasa penghantaran dan tiada penghantaran dilakukan.
  • Menghantar ke lokasi yang salah, seperti tidak mengikut arahan pelanggan yang dimaklumkan melalui chat.
  • Melengkapkan pesanan walaupun selepas terlibat dalam kemalangan, tanpa penghantaran sebenar.
  • Tersalah hantar pesanan, contohnya tertukar dengan pesanan lain atau bercampur (Stack Orders/Order ID).
  • Mengambil atau menghantar menggunakan kod penghantaran (Pick-Up Code) yang salah daripada merchant.
  • Menghantar pesanan bukan dari ShopeeFood, contohnya dari platform lain.

    Sila pastikan anda mematuhi semua peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti.🧔
Scroll to Top