Pastikan anda mengikuti panduan pengambilan gambar Bukti Penghantaran (Proof of Drop-Off/POD) untuk pesanan Instant Delivery dan makanan dalam aplikasi Driver. Ini bagi memudahkan pelanggan untuk mencari pesanan dan mengelakkan salah faham apabila pesanan sudah dilengkapkan.

**Tips: Anda digalakkan memuat naik lebih daripada satu gambar sebagai bukti. Ini dapat mengukuhkan bukti anda sekiranya berlaku sebarang isu.

Sila baca nota penting, ini sangat penting kerana ia dapat melindungi anda jika berlaku aduan pelanggan atau permintaan pemulangan :

Kini anda boleh meninggalkan barangan di tempat penerimaan jika penerima tidak berada di tempat. Namun, anda hanya dibenarkan untuk membuat demikian jika memenuhi syarat seperti berikut:

(i) Gambar Waybill yang jelas menunjuk alamat, nama penerima dan pesanan ID
(ii) Gambar bukti penghantaran (Proof of Delivery) menunjukkan barangan sampai di alamat penerima dan tempat yang diletakkan
(ii) Mesti menghubungi penerima melalui fungsi in-app chat dengan pesanan ID/nombor tracking

BOS juga perlu menghantar bukti penghantaran (POD) kepada pelanggan melalui Whatsapp. Jangan sentiasa lupa tanda kotak semak dan klik ‘Submit‘ bukti peghantaran anda. Ini bagi memudahkan pelanggan untuk mencari pesanan dan mengelakkan salah faham apabila pesanan sudah dilengkapkan.

Scroll to Top