Hub membolehkan Rakan Penghantar menempah slot penghantaran mengikut zon dan waktu yang dipilih. Zon Hub ditetapkan oleh ShopeeFood dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
Syarat-syarat menyertai ciri Hub
- Berjaya menyelesaikan jumlah pesanan yang tinggi dalam kawasan Hub
- Mengekalkan kadar penyelesaian (Completion Rate) yang tinggi
Rakan Penghantar boleh membuat tempahan slot Hub di kawasan berikut:
- Lembah Klang: Ampang, Setapak, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Batu Caves, Bukit Bintang, Kepong, Cheras, Subang Jaya, Puchong, Shah Alam, Klang, Kajang, Putrajaya, Setia Alam, Seri Kembangan, Semenyih, Subang Bestari
- Johor: Johor Bahru, Tebrau, Skudai, Pasir Gudang
- Pulau Pinang: George Town, Bayan Lepas
- Sabah: Kota Kinabalu
- Perak: Ipoh

