ShopeeFood Cares: Joy Delivered 2026

  • Tarikh: 22 Ogos 2026
  • Masa 9:30 pagi – 5:00 petang

ShopeeFood Cares: Joy Delivered 2026 merupakan program CSR yang menyokong komuniti yang memerlukan, termasuk kanak-kanak dan warga emas, melalui sumbangan barangan keperluan asas serta aktiviti yang membawa kegembiraan kepada mereka.

Penghargaan untuk Rakan Penghantar 🎁

Terima kasih kepada Rakan Penghantar yang turut bersama menjayakan program ini!

✅ Pin Tambah Nilai TNG eWallet RM300
✅ Cenderamata eksklusif ShopeeFood
✅ Peluang menyumbang dan berkongsi kegembiraan bersama komuniti

Bersama Membawa Kegembiraan

ShopeeFood percaya bahawa setiap sumbangan, tidak kira kecil atau besar, mampu memberikan makna kepada mereka yang menerimanya.

Melalui ShopeeFood Cares: Joy Delivered 2026, kami berharap dapat terus menyemarakkan semangat prihatin dan kebersamaan dalam komuniti, sambil membawa sedikit kegembiraan kepada kanak-kanak, warga emas dan mereka yang memerlukan — kerana apabila kita berkongsi, kegembiraan itu akan sampai lebih jauh. 🧡