Pelaksanaan Caruman Mandatori PERKESO untuk Rakan Penghantar Shopee

Selaras dengan pelaksanaan Akta Pekerja Gig Malaysia, caruman PERKESO (SOCSO) bagi perlindungan dan kebajikan pekerja gig akan dilaksanakan secara mandatori mulai 1 September 2026.

Di bawah pelaksanaan ini, caruman sebanyak 1.25% akan ditolak secara automatik daripada pendapatan bagi setiap pesanan yang diselesaikan.

Caruman ini bertujuan menyediakan perlindungan dan manfaat kebajikan tambahan kepada rakan penghantar, termasuk perlindungan sekiranya berlaku kemalangan atau kejadian tidak diingini semasa menjalankan penghantaran, serta akses kepada bantuan dan tuntutan kebajikan yang layak.

Untuk maklumat lanjut mengenai jenis tuntutan yang disediakan, syarat kelayakan, serta langkah-langkah membuat tuntutan, rakan penghantar boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang dikeluarkan oleh PERKESO

Rakan penghantar juga boleh memuat turun aplikasi PERKESO Prihatin atau melayari laman web PERKESO Prihatin untuk mengakses perkhidmatan PERKESO secara digital, menyemak maklumat perlindungan dan status caruman, serta mendapatkan maklumat lanjut mengenai manfaat dan tuntutan yang layak.

Scroll to Top

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading